Wednesday 30 March 2011

ADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU

Peringkat 1: Perkenalan

Merisik adalah wakil dari pihak lelaki (sama ada ibubapa ataupun pakcik) pergi ke rumah ibubapa perempuan untuk bertanya sama ada dia dah berpunya atau belum. Barang yang disediakan ialah cincin belah rotan dan hadiah.

Peringkat 2: Peminangan

Meminang bersama rombongan dari pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk meminang iaitu untuk mengikat tali pertunangan. Mereka akan membawa tepak sireh dan secara tradisi ada acara membalas pantun. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan mengambil tepak sireh dan memberi sireh junjung. Acara berbalas dulang hantaran juga diadakan pada majlis pertunangan ini. Selepas itu ada sedikit jamuan untuk rombongan dan keluarga pihak lelaki.

Daftar Pernikahan
Proses pendaftaran mungkin sedikit berbeza mengikut negeri. Antara dokumen yang perlu disediakan termasuklah sijil kursus pra-perkahwinan yang sah, ujian saringan HIV di klinik kerajaan, dan salinan kad pengenalan dua orang saksi.

Persediaan
Persediaan ini disusun mengikut keutamaan dan kepentingan. Jika buat di dewan, perlu tempah awal seelok-eloknya 12 bulan sebelum tarikh nikah. Antara persediaan lain termasuklah menempah untuk katering, baju pengantin, berkat / cenderahati, kad jemputan, jurugambar, pelamin, bilik pengantin, sistem PA, DJ, emcee, silat, kompang serta karaoke atau live band.

Peringkat 3: Pernikahan)

Akad Nikah biasanya diadakan di rumah atau masjid. Pihak lelaki perlu menyediakan mas kahwin atau mahar serta cincin kahwin. Selain itu perlu menyediakan wang untuk membayar khidmat pendaftar nikah dan saksi. Selepas itu biasanya ada jamuan ringkas.

Berinai adalah antara adat orang Melayu dimana pengantin akan bersanding secara bersendirian untuk mengelakkan rasa gemuruh ketika bersanding berdua nanti.

Kenduri Kahwin dikenali sebagai jamuan makan para pengantin. Antara adat yang terlibat ialah persandingan, menepung tawar dan makan beradap. Selain itu pengantin hendaklah memastikan perkara-perkara yang dirancang berjalan lancar.

Sambut Menantu iaitu kenduri perkahwinan sebelah pihak lelaki. Hampir sama dengan sebelah perempuan cuma berlainan tempat.

Ziarah - menziarahi keluarga terutama datuk, nenek, pakcik, makcik kedua-dua pihak untuk memperkenalkan pasangan.

Berbulan Madu (Honeymoon) – bercuti dan melancong berdua-duaan

No comments:

Post a Comment